Video "Kasih Sayang Seorang Sahabat
Sejati" ini dihasilkan oleh Kumpulan Dinamik daripada SMK Taman Desa
Skudai, Johor Bahru. Ahli Kumpulan Dinamik terdiri daripada Jaranya A/P
Chandran (4UKM), Suwethini A/P Chandran (3RK) dan Toh Jia Yan (4UPM).
Video ini memaparkan tentang erti sebenar kasih
sayang seorang sahabat sejati. Sahabat sejati merupakan anugerah terindah dalam
hidup kita. Sahabat sejati akan menjadi teman di saat kita susah mahupun
senang. Seorang sahabat sejati akan membantu meringankan permasalahan kita.
Secara kesimpulannya, kasih sayang seorang sahabat sejati yang tulus dan ikhlas
dapat membantu kita mencari penyelesaian dalam kehidupan.